Sunday 5 June 2011

Magazine? Catalog?

Apa itu Catazine?

 

Ia merupakan majalah periklanan yang menggabungkan iklan-iklan sesebuah syarikat. "Catalog" merupakan iklan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dalam mempromosikan produk, atau servis mereka kepada ahli-ahli. kebiasaanya katalog tidak dijual dan ianya diberi secara percuma kepada ahli-ahli yang telah menyertai syarikat mereka. Sebagai contoh syarikat Avon, Amway dan kebanyakannya syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan secara "direct selling". "Catalog" ini amat penting dalam membantu ahli-ahli syarikat tersebut mempromosikan barangan mereka. Majalah pula merupakan medium penyampai maklumat kepada semua manusia, selain daripada majalah terdapat medium yang lain wujud dalam penyampaian maklumat tersebut seperti surat khabar, tabloid dan bermacam-macam lagi. Terdapat pelbagai jenis majalah yang wujud di Malaysia ini, antaranya Majalah Wanita, Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang dan banyak lagi. Majalah-majalah ini ada juga memberikan ruang kepada para peniaga dalam mempromosikan produk dan servis mereka dengan menempah ruangan iklan di dalam majalah ini. Dengan tingginya pengaruh dan "glamour" majalah tersebut, ruangan tempahan iklan semakin lama semakin mahal. Ini merupakan masalah da kekangan yang wujud pada para peniaga dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Majalah Ngempen Niaga Merupakan sebuah majalah yang menggabungkan "Catalog" dan majalah. Ianya kini dipanggil "Catazine". Catazine ini memberikan 100% ruang kepada para peniaga dalam mempromosikan barangan produk dan perkhidmatan mereka dengan hanya dengan membayar kos-kos yang penting sahaja seperti kos percetakan, kos rekabentuk grafik, dan kos penghantaran. Kebiasaannya syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan "catazine" akan membuat penghantaran kepada beberapa kawasan dan negeri sahaja. Ini kerana ianya bergantung kepada berapa ramaikah peniaga-peniaga yang membuat tempahan ruangan iklan di dalam majalah tersebut. sebagai contoh, Majalah Ngempen Niaga ini akan membuat edaran di kawasan-kawasan sepanjang Lebuhraya IPOH-LUMUT serta Pulau PANGKOR, dengan nilai 70,000 keatas unit majalah yang akan dicetak, dan kebiasaanya ianya adalah perancangan awalan kepada Majalah tersebut. Jika permintaan kepada ruang iklan tersebut tinggi, maka pihak syarikat akan meningkatkan jumlah cetakan dan kawasan penghantaran dan boleh berkemungkinan ke seluruh negeri Perak atau mahupun ke seluruh Malaysia.







"Catazine" ini menggunakan konsep yang sama dengan catalog dan ianya akan diberikan secara percuma kepada pengguna. Penghantaran majalah akan dihantar ke rumah-rumah, kedai-kedai, pejabat-pejabat, pjabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, ipta, ipts dan banyak lagi. Secara langsungnya pihak peniaga dan pelanggan akan mendapat kaedah periklanan yang amat berbaloi kerana setiap orang di kawasan jangkaan akan menerima majalah tersebut dan ianya tidak dijual.


Di sini Majalah Ngempen Niaga memberikan harga tempahan ruang iklan yang amat berbaloi kepada pelanggan-pelanggannya. Bukan RM 4000/page, bukan RM 3800/page, bukan RM 3000/page dan ianya dibuka kepada para pelanggan dengan RM 2500/page dan tempahan dan bayaran lengkap yang buat oleh pelanggan akan menerima 10% potongan harga. Untuk tempahan ruangan iklan yang melebihi 1 muka surat akan menerima 15% potongan harga bagi jumlah tempahan yang di buat. Pihak Majalah Ngempen Niaga juga menawarkan pakej ruangan iklan serendah RM 6++ kepada para pelanggan.

Dengan menempah ruang iklan di dalam Majalah Ngempen Niaga ini dengan satu muka surat penuh akan menerima 1 tiket cabutan bertuah pada keluaran tersebut, bagi temapahan yang melebihi satu muka surat akan menerima tiket cabutan bertuah mengikut jumlah muka surat yang telah ditempah. promosi ini akan berterusan sehingga diberitahu oleh pihak syarikat. Antara hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah tersebut adalah seperti I-PAD, I-PHONE dan beberapa tiket potongan harga dan pihak syarikat boleh menukarkan hadiah tersebut dengan mengikut nilai yang sama.




Pihak Syarikat Mono Kontras Resources dan Majalah Ngempen Niaga juga memberi peluang kepada pihak pelanggan dalam mejana pendapatan tambahan dengan hanya mempromosikan ruangan iklan di dalam Majalah Ngempen Niaga ini. Pihak Syarikat bermurah hati akan memberikan 10% komisyen kepada pihak "introducer" dan ianya akan diberikan apabila Majalah Ngempen Niaga ini diterbitkan. Pihak introducer akan menerima imbuhan 10% tersebut selagimana pihak pelanggan melanggan ruang iklan tersebut bersama Majalah Ngempen Niaga.

Sekian.

Sunday 22 May 2011

Petua Iklan Menaikkan Nilai Jualan



“Segala jenis iklan sebenarnya BOLEH DIPERBAIKI.Begitu juga promosi, ia BOLEH MENGHASILKAN JUALAN YANG LEBIH BAIK” .

Melihat pernyataan di atas, umumnya kita mengetahui, soal bagaimana ia harus dilakukan adalah kunci kepada persoalan di atas. Ia sudah tentu persoalan yang paling sukar. Jadi, apakah kaedah sebenar bagi menambahbaik iklan dan promosi agar ia boleh ditukarkan kepada nilai ringgit?...
Tidak diragui lagi, anda harus melakukannya….anda harus meningkatkan jualan anda kerana:
99.9 peratus kejayaan bergantung kepada keupayaan anda untuk menjual produk atau perkhidmatan anda
Seperti kata Donald Trump, pengendali rancangan reality tv popular, The Apprentice:
Dalam dunia bisnes, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal menjual, anda tetap seorang yang gagal.
Baiklah, jika anda adalah golongan yang gagal (saya harapkan tidak begitu;)), mari merubah situasi itu!
Jika diteliti, semua iklan dan pemasaran yang berjaya bergantung kepada beberapa kaedah. Ia berfungsi menurut syarat-syarat asas dan bukannya peluang.
Kaedah dan syarat ini dihasilkan selepas Claude Hopkin menghabiskan masa 36 tahun mencuba dan mengkaji kempen pemasaran ke atas lebih ratusan jenis produk berlainan. Beliau menganalisa keputusan dari ribuan iklan, tajuk utama (headlines), cetakan(copy), dan kaedah-kaedah menjual(selling methods).
Dan 17 dari 18 kaedah hebat dari buku ini adalah jawapan dari percubaan, kajian, dan analisa beliau.


17 Petua Pengiklanan Berkesan
Gunakan ia sebaik mungkin dalam bisnes anda dan lihatlah kesan pada bisnes anda! Kami pasti ia mampu memberikan pulangan yang positif.



1) Lebih banyak penerangan, lebih peluang untuk dijual.
Secara ringkasnya ia bermaksud, lebih banyak maklumat yang diberikan kepada pelanggan anda, lebih cerah peluang anda menghasilkan jualan.
Anda perlu menceritakan kepada mereka segala-galanya. Beritahu mereka apa yang dapat dimanfaatkan jika membeli produk anda. Beritahu mengapa mereka perlu membeli daripada anda. Yang lebih penting, mengapa mereka perlu membayar anda!
Berikan keseluruhan informasi
Anda harus memastikan anda memberikan keseluruhan informasi setiap kali iklan anda disiarkan.Tetapi, harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membaca iklan anda seperti mereka membaca buku! Dan mereka juga tidak akan menanti akan kemunculan iklan anda yang bersiri!Sama sekali mereka tidak akan mempedulikan iklan bersiri.
Selepas anda berjaya mendapatkan perhatian pembaca iklan anda, anda mesti memberikan segala sebab musabab mengapa mereka perlu membeli produk atau perkhidmatan anda pada waktu itu juga! Tidak pada masa akan datang kerana bakal pelanggan yang membaca iklan anda pada waktu itu melalui kajiannya 95 peratus daripada mereka tidak akan menjumpai iklan anda untuk tempoh yang lama, mungkin berbulan atau bertahun atau selama-lamanya!
Secara analoginya. anda tidak akan menghantar jurujual terbaik anda kepada bakal pelanggan anda dan beritahu mereka “Ingat nama bisnes kami, slogan yang hebat kami, dan hubungi kami”. Apakah begitu matlamat utamanya? Sudah tentu tidak. Yang pasti, sudah tentu anda mahukan mereka membeli dari anda – maka anda perlu berikan mereka segala sebab musabab perlunya mereka membeli dari anda.
Dan begitulah juga fungsinya iklan, berikan mereka segala-galanya. Ingat perkara ini, iklan anda merupakan jurujual anda.
Segala iklan diibaratkan sebagai seorang jurujual dalam bentuk cetakan atau apa jua medium pengiklanan yang anda pasarkan contohnya: tv, radio, internet.

2) Gunakan tajuk utama untuk menarik bakal pelanggan sasaran.
Anda boleh meningkatkan kadar iklan anda dibaca sebanyak 19 kali dengan menggunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat. 


Tajuk utama/ kepala tajuk adalah iklan sebenar kepada iklan anda! Ia mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan iklan anda. Realitinya, lebih 80 peratus kejayaan iklan bergantung kepada tajuk utama/ kepala tajuk yang anda siarkan.
Contoh yang mudah adalah anda sendiri akan membaca berita didalam akhbar yang mempunyai tajuk utama/ kepala tajuk yang menarik?Bukankah begitu. Kajian mendapati kadar pembaca membaca tajuk utama/kepala tajuk adalah 5 kali lebih daripada membaca keseluruhan teks. Jadi, gunakan peluang ini untuk menarik bakal pelanggan sasaran anda dengan tajuk utama/kepala tajuk yang “membunuh”!(buat mereka baca seluruh iklan anda)
Gunakan berbagai-bagai jenis tajuk utama/kepala tajuk dan akhirnya anda menemui tajuk yang paling hebat ibarat seorang jurujual terbaik anda. Tajuk utama/ kepala tajuk itu dikatakan hebat apabila bakal pelanggan anda memberikan respond an menyatakan minat mereka. Jadi gunakan ia seperi anak panah yang mengenai sasarannya- gunakan kepada sasaran pelanggan anda.
Baiklah, mari kita lihat 2 contoh tajuk utama/ kepala tajuk untuk iklan sebuah kamera:
• Nikmati kemeriahan hari perkahwinan anda. Kami abadikan kenangannya selama- lamanya.
• Tangkaplah gambar yang jelas dengan cepat dan senang setiap masa!!

Baiklah, jelas sekali tajuk utama/kepala tajuk pertama langsung tidak menarik perhatian seseorang yang berminat dalam bidang fotografi. Tajuk utama/kepala tajuk kedua lebih menarik perhatian bakal pelanggan anda!
Kesimpulannya, gunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat dalam iklan anda. Saya jamin anda akan meraih sesuatu yang positif.


3) Jual faedah bukan isi kandungan.
Isi kandungan adalah perkara yang terdapat dalam produk anda. Faedah pula adalah perkara yang menawarkan sesuatu berguna kepada bakal pelanggan anda.




Contohnya:
Proton Gen.2 mempunyai kendalian berteknologi Lotus. Faedahnya ialah teknologi Lotus menawarkan pemanduan yang lancar.
Sekarang anda tahu apakah perbezannya! Anda perlu menekankan iklan anda pada faedah produk anda dan bukanlah isi kandungannya. Bagaimanapun jika anda masih merasakan isi kandungan juga sesuatu yang tidak harus dipinggirkan, pastikan ia sentiasa diikuti oleh faedahnya.
Contohnya:
Proton Gen.2 mempunyai pemanduan yang paling lancar dalam kelasnya, terima kasih pada kendalian berteknologi Lotus yang terdapat padanya.
Jika ini anda inginkan cara ini, anda perlu mengiklankan faedah dahulu barulah pada isi kandungannya. Ini kerana, bakal pelanggan hanya berminat kepada manfaat yang diperolehi mereka. Mereka ingin mengetahui, “Apakah produk ini mampu beri pada mereka”. Mereka tidak melayan sebarang cerita indah ciptaan anda kecuali ia membawa makna kepada mereka dahulu.
Saya pernah menerima iklan di peti surat yang menyatakan seseorang telah mula membuka kedai cermin mata di kawasan saya. Iklan tersebut menceritakan kejayaan orang berkenaan berjaya membuka cawangan yang kesepuluh dikawasan saya dan dinyatakan lokasinya. Diakhir perenggan barulah dinyatakan diskaun 50 peratus yang ditawarkan.
Siapa peduli? Sememangnya saya tidak berminat sama sekali akan iklan tersebut. Dan saya juga yakin, majoriti dari anda hanya akan membuang iklan tersebut. Sudah tentu anda tidak akan membaca sehinggalah perenggan akhir untuk mencari-cari apakah faedah yang diberikan pemilik kedai tersebut.
Sentiasa ingat perkara ini:
Faedah mampu menjual sedangkan isi kandungan tidak sama sekali.
Jika anda masih sukar mencari faedah pada produk anda, lakukan perkara mudah ini. Senaraikan segala isi kandungan pada produk anda pada sehelai kertas dan anda sendiri mencari jawapannya dengan bertanya pada setiap isi kandungan: “Apakah yang dapat ditawarkan pada anda, apa yang anda dapat, apa yang ia boleh bantu?”.
Jawab lagi soalan ini: “Apakah kegunaannya pada anda?” Jawapan anda sudah tentu faedahnya!
Maka, oleh itu anda dengan mudahnya dapat menyiarkan faedah pada iklan anda!


4) Jual penawar bukan pencegahan
Sebenarnya, ramai orang tidak akan melakukan apa-apa untuk mencegah masalah mereka berlaku, bermaknanya mereka tidak bersedia langsung.



Tetapi mereka ini akan berusaha sedaya upaya untuk mencari penawar apabila masalah melanda mereka.
Contoh yang mudah adalah diri kita sendiri. Adakah kita akan mengambil vitamin atau ubat atau pergi menemui sendiri doktor jika kita sihat walafiat?
Tidak bukan! Tetapi apabila kita ditimpa sakit, dengan pantasnya kita akan menemui doktor dan mencari segala penawar yang ada. Haha, sememangnya begitulah lumrah diri kita.
Apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah, kita tidak akan berbuat apa-apa untuk mengelak masalah itu berlaku. Tetapi sebaik sahaja masalah itu melanda, kita segera mencari penawarnya. Ibarat kata pepatah sudah terhantuk baru hendak terngadah.
Begitulah juga pada strategi pemasaran anda. Ia perlu …..
Tetapkan masalah pelanggan


Contohnya:
Jual pencuci menghilangkan karat adalah lebih baik dari menjual pencuci mencegah karat! Atau jualkan ubat menghilangkan kedutan adalah lebih baik dari ubat mencegah kedutan. Atau tawarkan khidmat sebagai kaunseling penceraian rumah tangga adalah lebih baik dari kauseling menjaga hubungan rumah tangga.(Orang selalunya mendapatkan kaunseling ketika diambang penceraian dan jarang apabila masih berumahtangga!)
Sudahkah anda mendapat ideanya? Saya pasti anda tentu mendapatnya. Yang pentingnya, anda harus mencuba dan selesaikan segala permasalahan pelanggan anda. Tidak mengapa jika mereka risau atau tidak akan masalah mereka, tetapi iklan yang anda siarkan mestilah menyelesaikan masalah mereka. Sebenarnya, secara tidak langsung mereka akan sentiasa tahu akan permasalahan yang mungkin dihadapi dan mereka tahu dimana mencari penyelesaianya nanti. Sudah tentu anda penyelesaiannya!

5) Gunakan fakta sebenar bukannya fakta umum.
Untuk mengatakan “akan bertahan lama” atau “digunakan oleh lebih 900 orang” atau “lebih 500 untuk dipilih dari” atau “servis hebat” atau “hamper 500,000 terjual” atau “mencuci lebih baik” sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bakal pelanggan anda. Kerana mereka tidak akan mempercayai anda!



Ikhlas saya katakan, perkara-perkara diatas adalah sesuatu yang umum. Bakal pelanggan tidak mahu sesuatu yang umum, mereka mahukan fakta sebenar atau gambaran sebenar. Selalunya, mereka beranggapan sesuatu yang umum selalunya rekaan – tetapi jika ianya fakta sebenar ianya adalah benar.
Berikan bakal pelanggan anda fakta dan keputusan sebenar dan mereka akan lebih mempercayai anda. Jadi, jika sedemikian, anda mampu menghasilkan lebih jualan.
Berikan fakta sebenar dari memberi fakta umum. Contohnya “Kami menawarkan pilihan 1392 warna” atau “Kami mempunyai 163 stail untuk dipilih daripada” atau “Ia berfungsi 32.6 peratus lebih baik dari produk X” atau “Ia tahan 27.3 peratus lebih lama” atau “4875 sudah terjual” atau “selepas 68 kali basuhan ia tidak mempunyai sebarang kesan”.
Harus diingat, apabila anda memberikan fakta yang spesifik, bakal pelanggan akan mempercayai anda. Mereka akan berfikir anda sememangnya mengira jumlah warna atau anda telah melakukan perbandingan ujian untuk mengira berapa lama ketahanan produk anda!
Apabila anda melakukan perbandingan, pastikan anda menyatakan apa yang anda bandingkan. Ini kerana jika anda mengatakan 46 peratus lebih baik sahaja bakal pelanggan akan bertanya “Lebih baik dari apa? Mungkin lebih baik dari tidak menggunakan apa-apa produk.
Jadi, berikan fakta sebenar dan gambaran. Hidupkan iklan anda –jadikan ia lebih dipercayai. Saya pasti anda mampu membuat jualan.

6) Iklankan perkara positif sahaja
Jangan sekali-kali anda mengiklankan perkara negatif pada produk anda, walaupun ia mungkin hanya satu kelemahan. Ibarat anda mengambil tali gantung dan diikat pada leher sendiri. Anda hanya perlu mengiklankan perkara yang positif sahaja. Itu sahaja.



Tunjukkan kepada bakal pelanggan anda keputusan positif hasil pengunaan produk anda atau servis. Lihatlah mana-mana iklan profesional sekalipun, tidak seinci pun mereka menceritakan perkara-perkara negatif akan produk mereka.
Contoh;
Lihat contoh kebiasaan iklan kereta.
Ia memaparkan sebuah keluarga yang bahagia keluar bersiar-siar, kelihatan anak-anak kecil bermain-main pada kerusi belakang yang menggambarkan suasana selamat. Kedua ibu-bapa yang berada dihadapan pula gembira melihat telatah anak mereka. Ia menunjukkan seolah-olah jika anda memiliki kereta tersebut, hidup anda sekeluarga penuh ceria.
Tidak pernah sekali-kali mereka memaparkan hidup sehari tanpa kereta jika ia sedang diservis! Ataupun kos penyelenggaraan yang tinggi, atau kereta tersebut menggunakan minyak seperti air mengalir atau kekecewaan semasa terperangkap dalam kesesakan lalulintas!
Anda perlu balik kepada lumrah alam, manusia ini secara asasnya mahukan dirinya popular, cantik, kaya, sihat dan selamat. Jadi, anda perlu menunjukkan kepada mereka bagaimana mereka boleh memperoleh apa yang diinginkan melalui produk atau perkhidmatan anda.
Berikan gambaran yang baik bukannya gambaran yang tidak elok.
Jika anda menjual peralatan kesihatan, anda akan menggambarkan kesan badan seseorang yang berotot dan sihat bukannya lemah longlai tidak bermaya! Jika anda menjual pencuci muka, anda akan menggambarkan wajah seseorang bertukar menjadi berseri-seri ibarat seorang puteri kayangan bukannya wajah yang bertompok-tompok hitam walaupun sebanyak 0.01 peratus!
Bagaimana? Sudahkah anda mempunyai idea? Bagus!
Ingat! Iklankan perkara positif sahaja, jangan sekali-kali menambah perkara negatif!


Rehat 5 Minit Santaikan Minda Anda


Hooking Up and Business: A Comparison 1)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and say, "I'm a great lover." That's Direct Marketing. 2)You're at a party with a bunch of friends and see a beautiful girl. One of your friends goes up to her and, pointing at you, says, "He is a great lover." That's Advertising. 3)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day you call and say, "I'm a great lover." That's Telemarketing. 4)You're at a party and see a beautiful girl. You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a drink. You say "May I?" and reach up to her hair, brushing your hand lightly against her arm, and then say, "By the way, I'm a great lover." That's Public Relations. 5)You're at a party and see a beautiful girl. She walks up to you and says, "I hear you're a great lover." That's Brand Name Recognition. 6)You're at a party and see a beautiful girl. You talk her into going home with your friend. That's a Sales Rep. 7)Your friend can't satisfy her so he calls you. That's Tech Support. 8)You're on your way to a party when you realize that there could be beautiful girls in all these houses you're passing. So you climb onto the roof of one situated toward the center and shout out at the top of your lungs, "I'm a great lover." That's SPAM!


7) Kupon dan talian bebas tol
Kajian menunjukkan apabila kupon disertakan pada iklan anda, respon pada sesuatu iklan akan meningkat.
Ini kerana bakal pelanggan selalunya menangguhkan tindakan mereka ke atas tawaran yang anda berikan kerana merasakan tidak terlalu memerlukannya. Mereka akan lupa kemudiannya dan besar kemungkinan mereka tidak akan menemui anda lagi. Tetapi dengan adanya kupon. Mereka akan menyimpan kupon tersebut dan dibawa bersama mereka ke mana-mana mereka pergi. Apabila mereka terjumpa lagi iklan anda, dan mereka menginginkan produk anda, mereka akan teringat kembali pada kupon tersebut dan ada kemungkinan mereka membeli dari anda. 


Selain itu, dengan pengunaan kupon, anda boleh memantau respon ke atas iklan anda.
Dengan mengadakan tawaran hanya jika seseorang itu mempunyai kupon, anda mampu mengira dengan tepat berapakah jualan yang terhasil dengan mengira jumlah kupon yang diterima kembali.
Talian bebas tol pula akan meningkatkan rangsangan bakal pembeli untuk menghubungi anda kerana ianya percuma bagi mereka (cara ini jika anda berkemampuan sahaja) 







8) Gunakan saiz normal: 8,10, atau 12
Kebanyakan pembacaan kita adalah daripada akhbar atau buku dan selalunya ia dicetak dalam saiz 8, 10 atau 12. Jadi,iklan anda juga harus begitu! 


Jika anda menambah saiz teks iklan anda, ia hanya menambah kos pengiklanan anda. Mempunyai saiz yang besar tidak membuat bakal pembeli membacanya.
Berikan mereka saiz yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Jika mereka hendak membacanya, mereka akan membacanya dan ianya menarik perhatian mereka bukan kerana saiz cetakannya yang besar.
Baiklah, jika anda mempunyai keraguan akan cara ini, cubalah iklankan produk anda dalam 2 versi, satu dalam saiz biasa dan satu lagi dalam saiz yang besar. Anda hanya akan mendapati…..
Saiz yang besar tidak meningkatkan jualan tetapi meningkatkan kos

9) Elakkan menggunakan HURUF BESAR
Kebanyakan pembacaan normal kita adalah kombinasi dalam huruf kecil dan besar. Itulah yang kita lihat dan baca hampir setiap hari dan apa yang kita biasa gunakan dalam penulisan kita sendiri. Adakah anda menulis surat cinta dalam huruf besar? jika ya, sedih sama sekali



MENAIP SESUATU KESEMUANYA DALAM HURUF BESAR AKAN MENYUKARKAN PEMBACAAN….lihatlah contoh yang ditunjukkan ini.
Jika anda menaip dengan huruf besar, anda tidak akan mendapat banyak pembaca pada iklan anda, ini bermakna jualan anda akan berkurang.
Dalam iklan anda tidak perlu menjadi hero, anda hendak mengetengahkan sesuatu yang baru tetapi anda sendiri tahu anda melanggar cara hidup normal.Ikutilah sahaja cara pengiklanan normal. Berikan bakal pelanggan anda apa yang mereka sudah biasa, iaitu kombinasi huruf besar dan kecil.

10) Elakkan menaip tulisan putih berlatarbelakang kehitaman.
Adalah diakui tulisan putih yang berlatarbelakang kehitaman masih boleh dibaca tetapi ianya sudah tentu lebih sukar. 


Ini hanya mendatangkan risiko pada anda, anda akan kehilangan pembaca kerana kesukaran yang anda timbulkan sendiri pada iklan anda.
Ingatlah, anda perlu membuat bakal pelanggan merasa selesa dan senang untuk membaca iklan anda, jadi taiplah sahaja dalam hitam berlatarbelakangkan keputihan, elakkan pengunaan semua huruf besar dan hanya gunakan saiz yang normal!
Bakal pelanggan tidak sesekali membaca iklan yang menyusahkan mereka. Jadi jika mereka tidak membacanya, peluang anda menghasilkan jualan sudah tidak ada sama sekali.
Berbalik pada kata Donald Trump:
Dalam dunia bisnes, jikalau anda gagal menghasilkan jualan, anda adalah seseorang yang gagal!

11) Gambar tidak semestinya membantu meningkatkan jualan
Bergantung pada produk anda, anda mungkin menghasilkan jualan yang lebih baik tanpa meletakkan gambar.
Ini kerana dalam kebanyakan kes, iklan anda hanya memakan kos yang lebih besar jika diletakkan gambar. Samalah kesnya dengan menambah saiz iklan.Selalunya ia tidak meningkatkan jualan sebaliknya kosnya lebih besar dari jualan yang dijana.
Tetapi, dalam beberapa kes, gambar mampu mendatangkan jualan yang lebih baik. Tetapi saya lebih untuk mengatakan ianya hanya dalam kes-kes tertentu.
Seperti biasa, satu-satunya kaedah berkesan untuk mengetahui sama ada iklan bergambar lebih baik atau sebaliknya adalah dengan mencuba kedua-duanya.
Anda akan mendapati yang mana mendatangkan lebih jualan untuk anda.

12) Berikan sampel secara PERCUMA!
Kadangkala, ia adalah sesuatu yang sukar menjual produk anda terutamanya dalam cetakan.
Ini kerana semua orang tidak akan membayar kepada sesuatu yang tidak seperti mereka ingini dan fikirkan.
Jika anda mahu berjaya dalam bisnes anda, lakukan sedikit pengorbanan berikan sampel produk atau servis anda secara percuma kepada bakal prospek anda. Ini memberikan mereka peluang untuk merasai dan menggunakan produk anda. Biarkan mereka merasai sendiri bagaimana produk anda mampu memberikan sesuatu yang mereka ingini



Jika anda menjual produk yang rendah kosnya seperti makanan dan minuman atau produk-produk lain dan mempunyai kadar ulangan jualan yang tinggi, berikan bakal pelanggan anda sampel percuma!
Tetapi jika anda mempunyai produk yang tinggi kosnya dan kadar ulangan jualan yang rendah, berikan bakal pelanggan anda tempoh penggunaan secara percuma.
Memberikan sampel percuma akan membina perniagaan anda dengan cepat dan murah, dan anda juga menghasilkan jualan yang tinggi daripada iklan anda.

13) Berikan lebih dari jangkaan, jangan sesekali dibawah nilai.
Dibawah nilai bermaksud produk atau servis yang anda tawarkan tidak seperti yang anda iklankan.
Lebih nilai pula bermaksud memberikan produk atau servis lebih dari apa yang anda tawarkan daripada iklan anda. 


Pelanggan anda akan berasa gembira dan mereka akan kembali lagi membeli daripada anda jika anda memberikan lebih dari jangkaan mereka!
Peringatan: Jika anda memberi kurang dari apa yang anda tawarkan, anda sengaja menempah masalah besar bagi anda, bukan hanya dari pelanggan anda tetapi juga undang-undang. Anda mungkin dikenakan saman atau denda kerana menipu pelanggan, dan yang lebih menyedihkan, anda sudah pasti kehilangan pelanggan untuk selama-lamaanya kerana publisiti buruk yang anda terima.
Begitupun, saya yakin ANDA seorag yang bijak dan mempunyai etika bisnes yang baik. Pemilik perniagaan seperti ANDA tidak sesekali menggunakan taktik yang menyalahi undang-undang. Bukankah begitu!;)
Hanya mereka yang tidak tahu etika bisnes sahaja yang sanggup melakukan perkara yang menjejaskan reputasi mereka sendiri.

14) Tambah nilai jualan (add-on)
Menambah nilai jualan (add-on) adalah kaedah yang paling mudah untuk membuatkan bakal pelanggan anda membeli lebih dari apa yang dirancang mereka. Sedar atau tidak, kita selalu melihat kaedah ini digunakan di kaunter bayaran terutamanya di restoran-restoran makanan segera. 


Saya sendiri pernah mengalaminya, ketika mengunjungi restoran Mc Donald, saya suka menempah hidangan McValue Big Mac bersaiz biasa. Dan selalunya jurujual kaunter akan bertanyakan “Anda mahukan yang besar atau biasa, kalau yang besar anda Cuma tambah 50 sen sahaja!”. Tidak sampai 5 saat, saya terus menukarkan pilihan kepada Mc Value Big Mac yang besar!
Anda mungkin tidak membeli apa yang mereka cadangkan tetapi sesetengah orang ya! Lihat seperti saya yang sememangnya fanatik Big Mac!. Begitupun harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membeli sesuatu yang lebih kecuali mereka ditanya.
Kelebihan tambah nilai jualan( add-on)….
Anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun kerana soalan yang ditanya tidak memerlukan sebarang kos. Yang lebih membahagiakan, anda mungkin menambah nilai jualan!
Produk yang selalu dijadikan tambah nilai( add-on) adalah produk yang sesuai dengan produk yang dibeli pelanggan anda.
Contohnya: Kedai kasut seharusnya juga menjual stokin. Kedai cat seharusnya juga menjual berus. Kedai bunga seharusnya juga menjual pasu dan baja.
Senarai diatas akan terus berkembang dan berkembang.
Apa yang perlu anda lakukan untuk mencari produk tambah nilai (add-on) adalah anda perlu duduk berfikir dan bertanya diri anda sendiri “Apakah lagi yang diperlukan dengan produk ini? Jawapannya adalah anda berjaya memperolehi produk tambah nilai (add-on).
Kaedah ini bukan sahaja boleh dipraktikkan di kedai, anda boleh mempraktikannya di talian atau dalam kotak e-mel. Apabila seseorang menempah produk anda, mengapa tidak cadangkan mereka produk tambah nilai? Ianya mudah dan tidak langsung membebankan anda!
Jadi, jika anda masih tidak menggunakan kaedah ini, apa kata anda mencubanya. Anda mungkin menambah jualan tanpa sebarang kos tambahan!


15) Up-sell menambah keuntungan
Kaedah ini hampir sama dengan kaedah tambah nilai (add-on) tetapi anda membuatkan pelanggan membeli sesuatu yang lebih mahal. Kaedah ini adalah gabungan dari kaedah tambah nilai( add-on).
Jurujual computer adalah antara yang hebat dengan kaedah ini. Contohnya, anda membeli computer dengan ciri-ciri asas dan anda menambah CD ROM, skrin yang lebih besar, RAM yang lebih, motherboard yang lebih laju dan beberapa program tambahan. Selepas anda menambah, tunggu! Mereka akan datangkan anda dengan komputer yang berkuasa tinggi dalam satu pakej





Mereka berjaya membuat up-sell dan anda menambah RM1000 lebih dari apa yang dirancang pada awalnya.
Begitu juga dengan penjual kereta, anda membeli model kereta asas tetapi mereka akan menyakinkan anda untuk menambah beg udara, penahan cahaya matahari, sistem abs dan sebagainya. Anda tentu berbangga memiliki kereta yang lengkap cirinya bukan!
Kehebatan kaedah ini adalah pelanggan sanggup membayar lebih untuk produk yang lebih hebat pada pandangan mereka. Ini bermakna, anda membuat keuntungan yang lebih pada produk yang mahal. Sekali lagi….
Membuat pelanggan membayar lebih untuk kaedah ini tidak langsung mendatangkan kos kerana bertanya tidak memerlukan nilai ringgit!
Kaedah ini juga boleh dilakukan bukan sahaja di kedai, tetapi di talian, atau kotak e-mel.
Kaedah ini telah terbukti berkesan terutama jika anda mempunyai perniagaan sendiri. Jual produk yang mahal memberikan lebih kentungan kepada anda.
16) Mencuba segala-galanya.
Anda mesti mecuba segala-galanya untuk mengetahui yang mana satu kaedahkah yang memberi respon terbaik di pasaran. 



Anda mungkin mendapati kesemua kaedah yang dinyatakan diatas mampu menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk membaca iklan anda, yang akhirnya memberikan lebih jualan kepada anda.
Tetapi anda tidak akan tahu yang mana satukah yang benar-benar memberi pulangan yang lebih lumayan sehinggalah anda mencuba dengan berbagai-bagai cara.
Contohnya: Iklan bergambar dengan tidak bergambar , tajuk utama/kepala tajuk bersaiz besar atau normal, dan kesemua yang telah dibincangkan di atas.
Cuba kesemua contoh diatas kerana dengan sedikit perubahan pada iklan anda ia sebenarnya memberikan kesan yang besar pada jualan dan keuntungan anda!

17) Tiada yang terbaik
Anda harus menyedari, tiada satupun penetapan pada iklan seperti manakah yang terbaik. Iklan yang mendatangkan pulangan lumayan pada hari ini mungkin tidak mendatangkan pulangan pada tahun hadapan. Iklan juga berubah mengikut masa. 



Apa yang tidak berubah adalah sifat-sifat kemanusian. Oleh kerana ia tidak berubah, kaedah dan syarat juga tidak berubah. Perkara-perkara asas akan sentiasa kekal sama.
Kerana tiada penetapan yang manakah terbaik, anda perlu mencuba segala-galanya.
Cuba segala-galanya, perhatikan dan analisa keputusannya.
Biarkan pasaran memberitahu yang mana satukah terbaik untuk iklan anda
Jangan sesekali mengandaikan anda tahu apa yang pasaran mahukan, iklan manakah yang terbaik! Lebih baik jika mencuba dan mendapat kepastian sendiri. 



Mencuba adalah satu-satunya cara menentukan yang manakah iklan yang terbaik dan yang kurang baik.
Baiklah, jika anda masih beranggapan anda tahu yang manakah yang terbaik dan mencuba hanya membuang masa anda, bacalah ini:
Sebuah panel pakar pengiklanan dipilih untuk mengundi beberapa siri iklan yang ditulis oleh sekumpulan pakar pengiklanan yang lain. Mereka harus memilih iklan terbaik sahaja. Dalam banyak siri iklan tersebut, hanya satu sahaja iklan yang memberikan pulangan lumayan dan yang lainnya adalah sama. Selepas undian dilakukan, sebanyak 50 peratus dari panel pakar pengiklanan ini memberikan jawapan yang salah!
Jika panel yang pakar pun salah, adakah anda masih mengatakan anda tahu iklan manakah yang terbaik?



















Salam Perkenalan Dari Majalah NGEMPEN NIAGA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, daripada saya MOHD ZUKHAIRI BIN OSMAN a.k.a. Kingsayie

Majalah NGEMPEN NIAGA diuruskan oleh Syarikat Mono Kontras Resources (IP0331965-H) yang berlamat operasi di; No. 31, Jalan U/13, Bandar Universiti, 32600 Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.

Pihak Syarikat Mono Kontras Resources buat julung-julung kalinya memperkenalkan sebuah majalah pengiklanan yang dipanggil "CATAZINE", iaitu gabungan nama majalah yang berbentuk "Catalog in Magazine" atau Majalah dalam bentuk Katalog. Bentuk dan tema majalah ini tidak baru bagi bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan sebagainya, begitu juga dengan Bandar Ipoh sendiri. Namun begitu pihak Mono Kontras Resources ingin memperkenalkan "Catazine" ini bagi kawasan-kawasan yang wujud di sepanjang Lebuhraya IPOH - LUMUT. Lebuhraya IPOH - LUMUT ini lengkap dan siap dibina pada akhir tahun 2008, dan ini merupakan lebuhraya baru yang mengubah aliran jalan-jalan lama daripada Ipoh ke Lumut, dan ianya mempercepatkan perjalanan serta ekonomi kawasan-kawasan tersebut. Terdapat beberapa bandar yang wujud pada sepanjang lebuhraya tersebut seperti Ipoh, seputih, Batu Gajah, Pusing, Tronoh, Bandar Seri Iskandar, Bota, Air Tawar, Sitiawan, Lumut dan Banyak lagi. Ini menunjukkan populasi kawasan tersebut agak tinggi dengan wujudnya beberapa pusat pentadbiran kerajaan dan peluang pekerjaan seperti di Pengkalan TLDM (Tentera Laut Di Raja Malaysia), UiTM Perak, UTP Tronoh (Universiti Teknologi Petronas), IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), Giat MARA, Politeknik Ipoh, IPD dan banyak lagi. Sehingga pada hari ini wujudnya bandar-bandar baru yang membantu menaikkan ekonomi kawasan-kawasan tersebut seperti, Bandar Seri Iskandar, Batu Gajah Perdana, Bandar Universiti dan banyak lagi.






Dengan wujudnya bandar-bandar baru ini peluang perniagaan meningkat, namun pendedahan kepada kepentingan pemasaran di kawasan tersebut masih lagi rendah. Di sini pihak Syarikat MONO KONTRAS RESOURCES cuba mengambil peluang tersebut dalam membantu para peniaga-peniaga sepanjang Lebuhraya Ipoh - Lumut ini mahupun luar kawasan tersebut untuk mempromosikan kedai, produk, servis, jawatan dan sebagainya kepada para pelanggan di sepanjang lebuhraya ini.

Oleh yang demikian Majalah NGEMPEN NIAGA diwujudkan dalam membantu perkembangan ekonomi ini. Kepada pembaca BLOG ini, juga boleh membuat tempahan iklan di dalam Majalah NGEMPEN NIAGA ini dalam mengembangkan perniagaan anda. Pihak Syarikat tidak menghalang kepada para peniaga luar kawasan untuk mempromosi barangan mahupun servis mereka. 

Terdapat beberapa promosi pihak syarikat akan wujudkan dalam menaikkan nama Majalah NGEMPEN NIAGA ini. Pada Peringkat ini, pihak syarikat akan memberikan 10% "Discount" kepada para pelanggan yang menempah ruang iklan satu muka surat penuh bersaiz A4 dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti I-PAD dan I-PHONE. 15% "Discount" pula akan diberikan kepada pelanggan yang menempah lebih daripada satu muka surat penuh dan memperolehi peluang cabutan bertuah mengikut bilangan muka surat tempahan.

Disamping itu, pihak syarikat Mono Kontras Resources mengalu-alukan kepada rakan-rakan yang ingin menambah pendapatan, kerana pihak syarikat akan memberikan imbuhan sebanyak 10% daripada nilai tempahan ruang iklan di dalam Majalah Ngempen Niaga ini, dan ianya akan menjadi pendapatan yang berterusan jika pihak pelanggan tersebut masih lagi melanggannya pada masa akan datang.

Majalah Ngempen Niaga ini dikeluarkan dan diterbitkan 2 bulan sekali, dan PROMOSI untuk Keluaran kali ini adalah sehingga 15Jun 2011. Jadi kepada pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menempah ruang iklan, jangan tunggu lama-lama, kerana harga promosi adalah lebih rendah berbanding nilai bayaran yang perlu dibayar kepada majalah-majalah pengiklanan yang lain, jauh lebih rendah.

Untuk keterangan Lanjut, Sila Hubungi; MOHD ZUKHAIRI BIN OSMAN di talian  019 - 3090 390
atau emailkan kepada; monokontras@gmail.com

salam.
p/s: kepada blogger2, internet marketer, mlm members, direct selling members yang ingin memperkenalkan product dan laman web masing2 amat dialu-alukan dalam menempah iklan di dalam majalah NGEMPEN NIAGA. edaran akan dibuat di dalam UiTM, TLDM, UTP, Politek, IKBN, KPM (total people: +- 40,000)

Majalah Ngempen Niaga di dalam Facebook