Product






Majalah Ngempen Niaga merupakan sebuah majalah pengiklanan berbentuk katalog "Catazine" yang pertama dilancarkan di sepanjang Lebuh Raya IPOH-LUMUT. Isu Per-1 akan diterbitkan pada pengakhiran Bulan June 2011 dan tarikh tutup untuk menempah ruang iklan di dalam majalah ini adalah pada 15 June 2011. Gambar di atas menunjukkan cadangan Muka Hadapan Majalah Ngempen Niaga pada isu June ini.

Majalah Ngempen Niaga ini berukuran saiz A4 dan ianya 100% bewarna serta penggunaan material kertas jenis "art card" yang memberikan rupa paras yang menarik untuk dilihat oleh pembaca. Majalah ini akan diedarkan ke kawasan-kawasan sepanjang Lebuhraya IPOH-LUMUT (lihat tab edaran) dengan salinan melebihi 70,000 unit majalah dan ianya akan diedarkan serta diberikan kepada penduduk, peniaga, institusi pengajian, pejabat-pejabat, pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, hospital secara PERCUMA. Tiada jualan akan dibuat bagi majalah ini, dan ianya 100% percuma. Namun bayaran kepada pelanggan yang menempah saja akan diambil oleh pihak Majalah Ngempen Niaga untuk kos-kos cetakan, rekabentuk, overhead, dan penghantaran. Untuk keterangan harga sila rujuk tab "Price" di atas Blog ini.

Kepada pihak syarikat atau pelanggan yang ingin menempah majalah atau katalog produk secara berasingan, amatlah dialu-alukan oleh pihak syarikat Mono Kontras Resources.

Terdapat beberapa promosi yang diberikan oleh pihak Majalah Ngempen Niaga yang dapat memberikan keselesaan dan keuntungan kepada pihak pelanggan, sila rujuk tab "Promotion". Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Mohd Zukhairi bin Osman @ 0193090390
atau
Email: monokontras@gmail.com


Majalah Ngempen Niaga